Baru Terbit

cover agromedia 42_LOWRes Manual Tek Penanaman Belimbing Daya maju pelaburan buah bauah terpilih di malaysia

Thursday, January 24, 2013

Manual Teknologi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu


ISBN 978-967-936-608-2
RM 8.00
19 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengusaha cendawan mengusahakannya secara lebih sistematik, disamping memberi pendedahan yang berguna dan praktikal kepada pengusaha yang baru menceburi bidang penanaman cendawan.

Perusahaan Memproses Karipap Segera


ISBN 978-967-936-898-6
RM 8.00
23 hlm.
Buku ini menerangkan teknologi pemprosesan karipap segera dengan menggunakan mesin mengelim karipap yang sangat diperlukan untuk menghasilkan produk dengan kuantiti yang banyak. Pada asasnya penggunaan mesin sangat diperlukan dalam membangunkan perusahaan makanan kerana dapat mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh, meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran produk.

Perusahaan Pengeluran Telur Masin Secara Mekanikal


SBN 978-967-936-600-6
RM 8.00
21 hlm.
Buku ini menerangkan teknologi pemprosesan telur masin secara moden dengan menggunakan mesin dan peralatan pemprosesan yang sistematik supaya kualiti dan keupayaan menghasilkan telur masin dapat ditingkatkan. 

Perusahaan Memproses Keropok Lekor Secara Moden


SBN 978-967-936-599-3
RM 8.00
25 hlm.
Buku ini menerangkan pemprosesan keropok lekor dengan menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh MARDI. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas dari aspek teknikal dan ekonomi dalam membangunkan perusahaan keropok lekor secara moden pada skala pengeluaran yang lebih besar.

Collections of Bananas in Malaysia


ISBN 978-967-936-604-4
RM 25.00
81 hlm.
Buku ini mengandungi maklumat tentang pisang yang merangkumi nama tempatan, deskripsi morfologi dan agronomi serta kegunaannya. Ilustrasi yang menarik juga turut dimuatkan dalam buku ini.

Makanan Sarawak - Potensi dan Inovasi


ISBN 978-967-936-610-5
RM 20.00
114 hlm.
Buku ini memaparkan maklumat tentang makanan asli Sarawak yang sangat pelbagai kepada umum. Sememangnya Sarawak kaya dengan sumber biodiversiti semula jadi dan pertanian yang berpotensi untuk dibangunkan dalam industri makanan. Penyelidikan dan inovasi dalam pembangunan hasil makanan dan pertanian dapat memberikan nilai tambah serta meningkatkan kualiti dan daya saing produk makanan Sarawak.

Panduan Pelaburan dan Pengeluaran Ternakan


Panduan Pelaburan dan Pengeluaran Ternakan
ISBN 978-967-936-602-0
RM 23.00
159 hlm.
Buku ini diterbitkan bagi menyediakan maklumat berkaitan pelaburan dan pengeluaran ternakan. Anggaran pendapatan dan kos dalam buku ini diasingkan mengikut skala operasi dan juga kepelbagaian sistem pengeluaran. Sumber data yang digunakan bagi tujuan analisis pendapatan dan kos pengeluaran ini diperoleh melalui survei pada tahun 2009/2010. Disamping maklumat kewangan termasuk indikator pelaburan, buku ini juga memuatkan maklumat teknikal asas dalam pemeliharaan dan penjagaan ternakan seperti pengurusan dan rawatan beberapa jenis penyakit yang lazim bagi ternakan tertentu.