Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan penerbit MARDI
pada minggu ini kami akan mengakan jualan di BDC kementerian Pertanian dan Industri Asas tani,
Pages
Baru Terbit
Tuesday, May 28, 2013
Thursday, January 24, 2013
Laporan MARDI No. 214 Sistem Pengeluaran Clearfield Untuk Mengawal Padi Angin
ISBN
978-967-936-594-8
RM
8.00
14
hlm.
Kajian
memaparkan sistem pengeluaran Clearfield
(SPC)
yang merupakan gabungan varieti MR 220CL1 ataupun MR 220CL2 dengan
racun rumpai imidazalinone dapat memberi manfaat kepada industri
penanaman padi di Malaysia dengan menawarkan kawalan kimia yang
berkesan dalam pengurusan padi angin dan rumpai berbahaya yang lain.
Teknologi yang inovatif ini akan memberi manfaat kepada petani dengan
memberikan kawalan rumpai (padi angin) yang berkesan di samping
mengurangkan kos kawalan rumpai sekali gus meningkatkan hasil dan
kualiti padi.
Manual Teknologi Pengeluaran Kambing Savanna Dalam Sistem Separa Intensif
ISBN
978-967-936-605-1
RM
10.00
29
hlm.
Manual
teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada penternak
dalam usaha membangunkan industri ternakan ruminani kecil dan baka
kambing Savanna khasnya. Pengurusan kambing Savanna yang baik dan
sistematik seperti dalam manual ini dapat meningkatkan pengeluaran
baka kambing yang bermutu
Manual Teknologi Pemprosesan Minimum Buah-buahan
ISBN
978-967-936-601-3
RM
8.00
14
hlm.
Manual
teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada usahawan
yang berminat dalam bidang pemprosesan minimum buah-buahan segar
khususnya bagi nangka, nanas dan durian. Pemprosesan minimum
buah-buahan segar kini merupakan sektor yang berkembang pesat dalam
industri makanan negara. Diharapkan dengan adanya manual ini,
usahawan lebih yakin mengkomersialkan buah-buahan diproses minimum
sama ada untuk pasaran tempatan atau dieksport.
Manual Teknologi Operasi Penilaian Jentuai Padi dan Kehilangan Lepas Tuai
SBN
978-967-936-603-7
RM
8.00
22
hlm.
Manual
teknologi ini memaparkan keperluan di lapangan bagi penuaian
berjentera, reka bentuk serta penyelarasan komponen jentuai,
penilaian kehilangan dari segi kualiti dan kuantiti, masalah yang
sering berlaku dan cara penyelesaiannya. Manual ini juga boleh
dijadikan panduan kepada pembuat, pemilik dan pengguna jentuai yang
sedia ada untuk membina, menyelaras dan menyelenggara jentuai.
Manual Teknologi Penanaman Nanas Berjentera
ISBN
978-967-936-608-2
RM
8.00
19 hlm.
Manual
teknologi ini memaparkan panduan asas aspek terkini yang lengkap
dalam penggunaan teknologi jentera dan mekanisasi dalam pengeluaran
nanas di tanah mineral. Manual ini memudahkan pengusaha dalam
merancang pengeluaran nanas berskala besar dan sekali gus memajukan
industri nanas negara.
Manual Teknologi Penternakan Lebah Kelulut
ISBN
978-967-936-609-9
RM
8.00
20
hlm.
Manual
teknologi ini dapat membantu penternak dalam usaha membangunkan
industri madu negara. Penternakan lebah kelulut memberi hasil yang
lumayan sama seperti penternakan lebah madu. Namun begitu
keistimewaan tidak menyengat yang terdapat pada lebah kelulut ini
memberi satu kelebihan kepada lebah kelulut berbanding lebah madu.
Penternakan lebah kelulut juga telah menunjukkan peningkatan yang
amat memberansangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










