Baru Terbit

cover agromedia 42_LOWRes Manual Tek Penanaman Belimbing Daya maju pelaburan buah bauah terpilih di malaysia

Wednesday, October 2, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat Penerbit MARDI, hari ini Penerbit MARDI menghadiri "bengkel Aplikasi Sosial Media" untuk meningkatkan lagi pengetahuan mengenai Aplikasi Sosial Media, harap-harap lebih ramai lagi mengikuti perkembangan Penerbit MARDI...




Monday, September 30, 2013


Pihak Penerbit MARDI akan berada di KARNIVAL E-ATOK  ( Ekspresi Air Tangan Orang Kita )
di Batu 14 langat,jangan ketingalan untuk mendapatkan buku-buku terbitan MARDI. jom ramai-ramai kita beli buku

Pameran AGROFEST di LADANG INFO TERNAK SUNGAI SIPUT




Mari beramai-ramai memeriahkan pameran AGROFEST di LADANG INFO TERNAK
Panerbit MARDi juga turut serta didalam pameran pada tahun ini, "moh ke yop kite beli buku"

Tuesday, May 28, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan penerbit MARDI

pada minggu ini kami akan mengakan jualan di  BDC kementerian Pertanian dan Industri Asas tani,

Thursday, January 24, 2013

Laporan MARDI No. 214 Sistem Pengeluaran Clearfield Untuk Mengawal Padi Angin


ISBN 978-967-936-594-8
RM 8.00
14 hlm.
Kajian memaparkan sistem pengeluaran Clearfield (SPC) yang merupakan gabungan varieti MR 220CL1 ataupun MR 220CL2 dengan racun rumpai imidazalinone dapat memberi manfaat kepada industri penanaman padi di Malaysia dengan menawarkan kawalan kimia yang berkesan dalam pengurusan padi angin dan rumpai berbahaya yang lain. Teknologi yang inovatif ini akan memberi manfaat kepada petani dengan memberikan kawalan rumpai (padi angin) yang berkesan di samping mengurangkan kos kawalan rumpai sekali gus meningkatkan hasil dan kualiti padi. 

Manual Teknologi Pengeluaran Kambing Savanna Dalam Sistem Separa Intensif


ISBN 978-967-936-605-1
RM 10.00
29 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada penternak dalam usaha membangunkan industri ternakan ruminani kecil dan baka kambing Savanna khasnya. Pengurusan kambing Savanna yang baik dan sistematik seperti dalam manual ini dapat meningkatkan pengeluaran baka kambing yang bermutu

Manual Teknologi Pemprosesan Minimum Buah-buahan


ISBN 978-967-936-601-3
RM 8.00
14 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada usahawan yang berminat dalam bidang pemprosesan minimum buah-buahan segar khususnya bagi nangka, nanas dan durian. Pemprosesan minimum buah-buahan segar kini merupakan sektor yang berkembang pesat dalam industri makanan negara. Diharapkan dengan adanya manual ini, usahawan lebih yakin mengkomersialkan buah-buahan diproses minimum sama ada untuk pasaran tempatan atau dieksport.