Baru Terbit

cover agromedia 42_LOWRes Manual Tek Penanaman Belimbing Daya maju pelaburan buah bauah terpilih di malaysia

Tuesday, December 13, 2011

Pameran sempena hari bersama pelanggan MARDI cameron highland

Jom kita ke jualan buku MARDI sempena Hari Mesra Pelanggan MARDI C.Highlands,9-11 dis 2011.sambil makan strawberi,jgn lupa Singgah booth kami..

Pameran sempena hari bersama pelanggan MARDI cameron highland

Jom kita ke jualan buku MARDI sempena Hari Mesra Pelanggan MARDI C.Highlands,9-11 dis 2011.sambil makan strawberi,jgn lupa Singgah booth kami..

Pameran MSTE

Inginkan dapatkan buku-buku terbitan MARDI? Temui kami di Pavilion bookshop@MARDI sempena MARDI Science & Technology Exhibition (MSTE) di MAEPS pada 6-7 Disember 2011. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Tuesday, November 22, 2011

Buletin Teknologi Ternakan Bil.6


Dapatkan Buletin Teknologi Ternakan Bil.6 yang baru di terbikan Oleh Penerbit MARDI dengan harga RM12.00 sahaja.  Antara kandungan yang terdapt di dalam  buku Buletin Teknologi Ternakan Bil.6. 
  • Kaedah dan pemuliharaan lembu penjatan
  • Penggunaan herba dalam pengeluaran ternakan
  • Kambing boer & potensinya sebagai sumber daging di Malaysia
  • Pemprosesan baja kompos dari hampas cendawan dan kumbahan haiwan
  • Pemanasan global dan industri ternakan


Monday, November 21, 2011

Jualan Buku MARDI di luar pejabat

Pada minggu Ini  kami penerbit MARDI akan berada di dua (2) lokasi untuk menjalankan aktiviti promosi dan jualan.

Aktiviti Pertama
TARIKH : 20/11/2011 - 23/11/2011
TEMPAT : KLCC
PAMERAN : BIO MALAYSIA

Aktiviti Kedua
TARIKH : 24/11/2011 - 25/11/2011
TEMPAT : MARDI Sg.Baging
PAMERAN : MARDI SG.BAGING BERSAMA MASYARAKAT

*Semua diminta meramaikan dan memeriahkan aktivi pameran

Terbitan Baru Tumbuhan Utama Sayur-sayuran

Buku Terbitan Baru MARDI
Fokus utama buku ini adalah mengenai penyakit utama sayur-sayuran di malaysia antara fokus utama adalah
pengenalan utama kepada penyakit sayur-sayuran di malaysia,agen dan penyebaran penyakit, simptom penyakit pada tumbuhan dan langkah-langkat pencegahan.  buku ini hanya dijuala pada harga Rm39.90 sahaja kepada yang berminat boleh dapatkan buku ini di kedai buku mardi

Sunday, November 13, 2011

Temui kami di BUSINESS DEVELOPMENT CENTRE (BDC) ( 1-30 November 2011)



Trikh : 1 November - 30 November 2011
masa : 8.30 pg - 4.30 pm
Tempat : BUSINESS DEVELOPMENT CENTRE (BDC)

Ketahui Kenapa Anda Patut Menulis Walaupun Penulisan Anda Tidak Dipandang Serius Oleh Orang Lain



Bayangkan jika anda menulis novel tiba-tiba dalam fikiran anda, novel tersebut tidak cukup bagus untuk diterbitkan. Anda masuk pertandingan menulis cerpen pun anda merasakan cerpen anda tidak layak untuk mendapat hadiah walaupun saguhati. Apa tah lagi jika menulis blog kalau pembaca yang datang boleh dikira dengan sepuluh jari? 
Memang mudah berputus asa lebih-lebih lagi jika anda lalui keadaan ini tanpa sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Mungkin juga pasangan anda tak faham minat anda yang suka menulis dan kawan-kawan rapat anda pula hanya tahu menggelakkan apa yang anda buat. Apa pun yang berlaku, jangan mudah berputus asa kerana apapun yang terjadi, penulisan anda penting!

Nak tahu kenapa?

1. Penulisan bukan sekadar hobi
Hobi hanya dibuat sekali-sekala, tetapi jika ia diaplikasikan dalam penulisan, anda tidak akan dapat menangkap kepentingan untuk menulis dalam kehidupan. Jadikan penulisan sebagai satu tabiat, bukan hobi waktu lapang. Anda hanya akan menulis sekali-sekala atau bila ada kelapangan jika anda anggap penulisan sebagai hobi kerana penulisan adalah lebih dari itu.
2. Penulisan akan hidup lebih lama dari anda
Semua orang akan pergi mengadap Pencipta suatu masa nanti. Tetapi jika anda menulis, anda akan tinggalkan sebuah kenangan kepada yang masih hidup di dunia. Bayangkan jika penulisan itu masih lagi mendidik anak bangsa walaupun penulisnya sudah tiada, pasti mereka akan berterima kasih dan mendoakan penulis tersebut. Lihat saja memori yang ditinggalkan oleh Allahyarham Loloq, Seri Bayu (penulis-penulis lirik) dan Sazalee Yacob (penulis cerpen)  menerusi karya mereka!
3. Penulisan boleh ubah kehidupan orang lain
Percayalah yang penulisan anda boleh ubah kehidupan orang lain walaupun sedikit. Dan dengan adanya blog, penulisan anda boleh mengubah kehidupan masyarakat di serata dunia. Saya sendiri seronok bila mendapat mesej atau komen yang menyatakan penulisan saya banyak membantu mereka menambah pengetahuan dalam dunia penulisan bebas dan penulisan blog. Anda tak seronok begitu?
4. Penulisan membantu anda meluahkan perasaan
Anda pasti rasa lega jika apa yang terpendam di dada anda dapat diluahkan melalui penulisan. Jika terlampau peribadi, anda boleh tulis di dalam diari harian anda. Jika ianya untuk tatapan umum, anda boleh tulis di blog dan minta pembaca memberikan pendapat mereka pula. Anggap penulisan itu bukan satu kewajipan tetapi sejenis terapi yang membantu anda mengurangkan tekanan.
5. Penulisan meningkatkan tahap penguasaan bahasa
Mungkin sebab utama anda nak berhenti menulis kerana anda rasa penulisan anda tak cukup bagus, menerima banyak kritikan dan komen negatif di dalam blog atau semua cerpen anda tidak diterima oleh editor akhbar dan majalah. Selain berputus asa, anda boleh jadikan penolakkan (rejection) ini sebagai motivasi diri untuk sentiasa meningkatkan tahap penguasaan bahasa anda terutama penguasaan teknik dan tatabahasa yang betul.
Saya dah nyatakan sebab yang logik kenapa penulisan anda penting walaupun tidak dipandang serius oleh orang lain. Banyak kebaikan boleh diperolehi hanya dengan menulis. Dan kalau anda rasa anda masih lemah dalam penulisan, ia menguatkan lagi alasan untuk anda terus menulis dan tidak berputus asa dengan mudah. Jika anda berhenti sekarang, anda tidak akan tahu sejauh mana anda boleh menguji kemahiran menulis anda.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang?
Saya tahu ramai tak ada masa untuk menulis. Apa kata anda menulis setiap hujung minggu? Jika anda ada blog yang perlu dikemaskini selalu, tetapkan waktu malam atau selepas kerja untuk menulis entri-entri baru. Jadikan penulisan suatu perkara yang penting dalam kehidupan anda kerana jika anda hanya baca tips ini tanpa bertindak, memang berkemungkinan segala penulisan yang pernah dihasilkan sebelum ini hanya sia-sia.

5 Tips Menulis Ketika Bertugas Di Luar


Ada antara anda bukanlah penulis sepenuh masa?, dan ramai yang minat menulis tetapi mendapati mereka sukar membahagikan masa antara kerja, tugasan harian di rumah dan penulisan. Ada juga yang menjadikan alasan bekerja di luar (out station) sebagai alasan untuk mereka melupakan sebentar minat menulis kerana mereka tidak berada dalam zon selesa (comfort zone) mereka. 
Bagaimana caranya untuk anda mengadaptasi situasi-situasi seperti ini yang boleh menjejaskan ‘mood’ penulisan anda?
1. Bersedia menghadapi perubahan
Bukan semua perkara yang berlaku berada dalam kawalan kita. Jadi, yang penting untuk kita lakukan ialah hadapi perubahan-perubahan seperti perubahan dalam jadual kerja dan jadual harian. Jangan panik, gunakan apa sahaja yang ada pada waktu itu untuk memberi anda idea menulis.
2. Buat persediaan
Sentiasa simpan dalam beg anda sebatang pen dan buku nota. Sebagai graduan Komunikasi Kewartawanan, sudah menjadi kebiasaan bagi saya membawa sebatang pen dan buku nota ke mana-mana saya pergi. Ia boleh digunakan untuk mencatat idea selain maklumat penting jika perlu.
3. Elakkan memberi tekanan kepada diri sendiri
Anda akan lebih mudah menulis jika anda mempunyai idea, draf pertama serta catatan nota ringkas daripada anda terus duduk di hadapan komputer dan cuba memerah idea dari dalam kepala anda. Ingat: “People who failed to plan, plan to fail!”
4. Ambil kesempatan masa terluang
Kadang kala kebanyakkan masa yang kita ada digunakan untuk menunggu. Menunggu LRT untuk ke pejabat, menunggu kapal terbang berlepas apabila ada tugasan luar bandar, atau menunggu giliran anda dipanggil sewaktu di bank atau klinik. Gunakan masa-masa itu (selalunya antara 10 minit hingga beberapa jam) untuk mencari idea, membuat rangka artikel atau melengkapkan artikel yang belum lengkap.
5. Fokus kepada kebaikan bekerja jauh dari rumah
Ramai orang tidak biasa melakukan rutin harian mereka jika berada di tempat-tempat yang mereka tidak ketahui, apatah lagi menulis. Tetapi situasi ini juga memberi kebaikan kepada anda kerana anda boleh cuba sesuatu yang baru tanpa perlu berasa tertekan, mendapat lebih banyak inspirasi serta lebih bertenaga!
Dengan adanya 5 tips menulis ketika bertugas di luar yang dikongsikan, anda sudah boleh membuat sesuatu yang produktif daripada anda membuang masa tidak tentu hala atau marah-marah kerana terpaksa menunggu lama di satu-satu tempat.
Cubalah. Anda pasti lega bila anda dapat menggunakan waktu menunggu itu sebaik-baiknya. Ia juga boleh mengeluarkan kesan terapeutik untuk menenangkan anda sewaktu berjauhan dengan ahli keluarga.

Tips Penulisan Bebas


Hari ini kita berkongsi mengenai tips mudah untuk menjadi penulis berkualiti.
Mari kita mulakan perkongsian:
1. Jadi seorang blogger yang konsisten dan cuba menulis tiap-tiap hari!
2. Mesti serius dalam menulis apa yang anda ingin sampaikan.
3. Pilih topik yang anda minat dan buat kajian (research) hingga anda mampu kuasainya.
4. Jika kajian topik itu memberangsangkan, jangan takut untuk membuat kajian yang lebih mendalam dan huraikan pendapat anda.
5. Tulis, baca dan ulang semula membaca apa yang anda tulis untuk elakkan kesalahan-kesalahan kecil (kaedah proof reading dan editing).
6. Tulisan perlu kemas, lengkap dengan tanda baca serta menggunakan pemerengganan dan jarak yang sesuai.
7. Hasilkan tajuk yang memukau dan sub tajuk yang mampu menarik perhatian pembaca.
8. Beri penekanan yang lebih kepada pembukaan dan penutup artikel anda. Ingat, anda hanya ada 2-3 saat sahaja untuk cuba memikat pembaca bermula dari tajuk artikel anda!
9. Headline yang mantap selalunya dibuat selepas artikel itu siap ditulis untuk memberikan anda ‘feel’ sebenar penulisan anda.
10. Minta rakan anda baca semula artikel anda dan minta mereka komen artikel tersebut. Anda kena terima setiap kritikan mereka untuk meningkatkan lagi mutu penulisan anda.
Sampai sini dulu tips yang saya kongsikan ini. InsyaAllah lain masa saya akan tambah lagi 10 tips untuk menjadi penulis berkualiti untuk dikongsi bersama-sama dengan anda. Jangan lupa untuk mencuba, ok. Semoga anda berjaya memukau pembaca dengan penulisan anda!