Baru Terbit

cover agromedia 42_LOWRes Manual Tek Penanaman Belimbing Daya maju pelaburan buah bauah terpilih di malaysia

Thursday, January 24, 2013

Laporan MARDI No. 214 Sistem Pengeluaran Clearfield Untuk Mengawal Padi Angin


ISBN 978-967-936-594-8
RM 8.00
14 hlm.
Kajian memaparkan sistem pengeluaran Clearfield (SPC) yang merupakan gabungan varieti MR 220CL1 ataupun MR 220CL2 dengan racun rumpai imidazalinone dapat memberi manfaat kepada industri penanaman padi di Malaysia dengan menawarkan kawalan kimia yang berkesan dalam pengurusan padi angin dan rumpai berbahaya yang lain. Teknologi yang inovatif ini akan memberi manfaat kepada petani dengan memberikan kawalan rumpai (padi angin) yang berkesan di samping mengurangkan kos kawalan rumpai sekali gus meningkatkan hasil dan kualiti padi. 

Manual Teknologi Pengeluaran Kambing Savanna Dalam Sistem Separa Intensif


ISBN 978-967-936-605-1
RM 10.00
29 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada penternak dalam usaha membangunkan industri ternakan ruminani kecil dan baka kambing Savanna khasnya. Pengurusan kambing Savanna yang baik dan sistematik seperti dalam manual ini dapat meningkatkan pengeluaran baka kambing yang bermutu

Manual Teknologi Pemprosesan Minimum Buah-buahan


ISBN 978-967-936-601-3
RM 8.00
14 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada usahawan yang berminat dalam bidang pemprosesan minimum buah-buahan segar khususnya bagi nangka, nanas dan durian. Pemprosesan minimum buah-buahan segar kini merupakan sektor yang berkembang pesat dalam industri makanan negara. Diharapkan dengan adanya manual ini, usahawan lebih yakin mengkomersialkan buah-buahan diproses minimum sama ada untuk pasaran tempatan atau dieksport.

Manual Teknologi Operasi Penilaian Jentuai Padi dan Kehilangan Lepas Tuai


SBN 978-967-936-603-7
RM 8.00
22 hlm.
Manual teknologi ini memaparkan keperluan di lapangan bagi penuaian berjentera, reka bentuk serta penyelarasan komponen jentuai, penilaian kehilangan dari segi kualiti dan kuantiti, masalah yang sering berlaku dan cara penyelesaiannya. Manual ini juga boleh dijadikan panduan kepada pembuat, pemilik dan pengguna jentuai yang sedia ada untuk membina, menyelaras dan menyelenggara jentuai.

Manual Teknologi Penanaman Nanas Berjentera


ISBN 978-967-936-608-2
RM 8.00
19 hlm.
Manual teknologi ini memaparkan panduan asas aspek terkini yang lengkap dalam penggunaan teknologi jentera dan mekanisasi dalam pengeluaran nanas di tanah mineral. Manual ini memudahkan pengusaha dalam merancang pengeluaran nanas berskala besar dan sekali gus memajukan industri nanas negara.

Manual Teknologi Penternakan Lebah Kelulut


ISBN 978-967-936-609-9
RM 8.00
20 hlm.
Manual teknologi ini dapat membantu penternak dalam usaha membangunkan industri madu negara. Penternakan lebah kelulut memberi hasil yang lumayan sama seperti penternakan lebah madu. Namun begitu keistimewaan tidak menyengat yang terdapat pada lebah kelulut ini memberi satu kelebihan kepada lebah kelulut berbanding lebah madu. Penternakan lebah kelulut juga telah menunjukkan peningkatan yang amat memberansangkan.

Manual Teknologi Penanaman Labu Manis



ISBN 978-967-936-595-5
RM 8.00
22 hlm.
Manual teknologi ini dapat dijadikan panduan kepada pengusaha pertanian, pegawai pengembangan dan peminat pertanian sebagai salah satu sumbangan ke arah membaiki teknologisedia ada di samping menerima pakai teknologi baru. Maklumat tentang teknologi yang dijana melalui kajian terhadap labu sebagai tanaman giliran dengan tembakau dan keledek yang telah terbukti berupaya mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi turut dimuatkan dalam manual ini.
 

Manual Teknologi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu


ISBN 978-967-936-608-2
RM 8.00
19 hlm.
Manual teknologi ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengusaha cendawan mengusahakannya secara lebih sistematik, disamping memberi pendedahan yang berguna dan praktikal kepada pengusaha yang baru menceburi bidang penanaman cendawan.

Perusahaan Memproses Karipap Segera


ISBN 978-967-936-898-6
RM 8.00
23 hlm.
Buku ini menerangkan teknologi pemprosesan karipap segera dengan menggunakan mesin mengelim karipap yang sangat diperlukan untuk menghasilkan produk dengan kuantiti yang banyak. Pada asasnya penggunaan mesin sangat diperlukan dalam membangunkan perusahaan makanan kerana dapat mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh, meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran produk.

Perusahaan Pengeluran Telur Masin Secara Mekanikal


SBN 978-967-936-600-6
RM 8.00
21 hlm.
Buku ini menerangkan teknologi pemprosesan telur masin secara moden dengan menggunakan mesin dan peralatan pemprosesan yang sistematik supaya kualiti dan keupayaan menghasilkan telur masin dapat ditingkatkan. 

Perusahaan Memproses Keropok Lekor Secara Moden


SBN 978-967-936-599-3
RM 8.00
25 hlm.
Buku ini menerangkan pemprosesan keropok lekor dengan menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh MARDI. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas dari aspek teknikal dan ekonomi dalam membangunkan perusahaan keropok lekor secara moden pada skala pengeluaran yang lebih besar.

Collections of Bananas in Malaysia


ISBN 978-967-936-604-4
RM 25.00
81 hlm.
Buku ini mengandungi maklumat tentang pisang yang merangkumi nama tempatan, deskripsi morfologi dan agronomi serta kegunaannya. Ilustrasi yang menarik juga turut dimuatkan dalam buku ini.

Makanan Sarawak - Potensi dan Inovasi


ISBN 978-967-936-610-5
RM 20.00
114 hlm.
Buku ini memaparkan maklumat tentang makanan asli Sarawak yang sangat pelbagai kepada umum. Sememangnya Sarawak kaya dengan sumber biodiversiti semula jadi dan pertanian yang berpotensi untuk dibangunkan dalam industri makanan. Penyelidikan dan inovasi dalam pembangunan hasil makanan dan pertanian dapat memberikan nilai tambah serta meningkatkan kualiti dan daya saing produk makanan Sarawak.

Panduan Pelaburan dan Pengeluaran Ternakan


Panduan Pelaburan dan Pengeluaran Ternakan
ISBN 978-967-936-602-0
RM 23.00
159 hlm.
Buku ini diterbitkan bagi menyediakan maklumat berkaitan pelaburan dan pengeluaran ternakan. Anggaran pendapatan dan kos dalam buku ini diasingkan mengikut skala operasi dan juga kepelbagaian sistem pengeluaran. Sumber data yang digunakan bagi tujuan analisis pendapatan dan kos pengeluaran ini diperoleh melalui survei pada tahun 2009/2010. Disamping maklumat kewangan termasuk indikator pelaburan, buku ini juga memuatkan maklumat teknikal asas dalam pemeliharaan dan penjagaan ternakan seperti pengurusan dan rawatan beberapa jenis penyakit yang lazim bagi ternakan tertentu.